Know Me


Kredit gambar : Shuhada Hasim (Jurugambar Potrait)



Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki yang 'hensem' dan isteri kepada seorang suami yang 'kool'.

Pernah berkhidmat selama lebih 12 tahun di Standard Chartered Bank, Scope International dan Citigroup Trade Services khususnya di bahagian Perkhidmatan Sekuriti, Pejabat Pengurusan International Software Centre Malaysia (ISCM) dan Penganalisa Dokumen Perdagangan di Perkhidmatan Perdagangan (Trade Services-Private Labeling & Agency Hong Kong dan Financial Institution-CTSM).

Mula menceburkan diri di dalam dunia perniagaan pada tahun 2009 sebaik sahaja meletakkan jawatan dengan m
engusahakan sebuah pusat latihan Sinergi Minda Coaching Cube dengan membuat kerjasama bersama Jurulatih dan Coach tempatan untuk menyediakan latihan kepada usahawan, ibu bapa dan pelajar sekolah/universiti.
 
Mendalami ilmu fotografi pada tahun 2013 menggunakan telefon pintar dan mula serius dengan fotografi pada tahun 2014. Beliau mula menyertai masterclass Peter Sanders Photography di Sarawak dan tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan minatnya di dalam fotografi ke beberapa kelas fotografi di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
 
Antara guru yang pernah mengajarnya adalah Shuhada Hasim, Peter Sanders dan Thomas Phoon.
 
Beliau memilih untuk fokus dalam bidang fotografi potret dan makanan sebagai genre utama.
 
Merupakan salah seorang rakan kongsi di Shu Ink & People Plt bersama dengan nama besar dalam industri fotografi kreatif, Puan Shuhada Hasim membangunkan jenama TAPWOMEN, sebagai platform untuk mendidik wanita menghargai kecantikan diri mereka melalui potret dan memberi pendedahan asas fotografi kepada usahawan online menggunakan telefon pintar,
 
 
Seorang yang ringkas dan mudah berurusan. 

Boleh dihubungi melalui FB: facebook.com/zuraida.noordin atau Instagram: zuraida.noordin



Zuraida Noordin
'Merakam Wajah Diri di Cermin Kekal'

Comments

Popular Posts