Usaha


Tertarik dengan apa yang seorang ustazah katakan di TV9.

"Kita ni, kalau tengok anak kita tu, kalau boleh umpama malaikat. Langsung tidak boleh dia melakukan kesalahan. Proses 'telah melakukan' kesalahan itu adalah BIASA. Kerana katanya, dari situlah dia mendapat pengajaran hidup.

Apabila kita letakkan harapan kepada anak, jangan terlampau fokuskan kepada 'hasil' , tetapi fokuskan kepada USAHA dan AMALAN yang telah dilakukan oleh si anak. Itulah yang Allah ambil kira.

Bertepatan dengan firman Allah di dalam surah A-Mulk ayat 2 bermaksud;

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

Tanyakan soalan ini pada diri anda setiap hari;

"Apa lagi yang kita boleh bantu anak kita untuk dia meneruskan hidupnya?"

Sebagai ibu janganlah berharap anak akan membalas apa yang kita usahakan untuk dirinya tetapi fikirkan apa yang kita akan jawab kepada Allah nanti apabila Allah bertanya akan 'amanah' yang telah dititipkan buat diri kita di dunia ini.

Ya Allah, walaupun hanya beberapa potong ayat dari seorang hambaMu yang dipancarkan melalui teknologiMu, aku bersyukur kerana dikurniakan telinga yang bisa mendengarkannya dan akal yang memahaminya, semoga aku dapat mengamalkannya. InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah. 

Jumaat yang berkah.

-Zuraida Noordin, Jan 2012-
Memberi Untuk Sebuah Kehidupan [Sedekah*Ilmu*Doa]


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Comments

Popular Posts