Keibubapaan

"Life is not about Spending, but Living"
Mengenal pasti antara keperluan dan kehendak adalah amat-amat penting. Betapa hebat peranan 'perancangan' di dalam mengatur kehidupan kita. Begitu juga perancangan memainkan peranan penting di dalam pengaturan hidup berumahtangga.

Melangkah ke gerbang perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan yang penuh cabaran. Oleh dengan itu, tidak cukup sekadar 'sijil' yang hanya melepasi zon upacara pernikahan kedua pasangan.

Setiap pasangan perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran di dalam berumahtangga. Di tambah pula apabila dikurniakan zuriat hasil dari ikatan perkahwinan ini. Saranan untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin untuk menghadiri kursus bimbingan keibubapaan selepas kursus perkahwinan sangat digalakkan.

Persediaan awal untuk menjadi 'bakal suami atau isteri dan bakal bapa dan ibu' amat penting kerana tidak mudah menjadi seorang suami atau isteri di masa yang sama juga menjadi seorang bapa dan ibu. ('It is really tough!')

Perkahwinan itu ibarat sebuah 'syarikat'. Ada bahagian pentadbiran, kewangan, sumber manusia, pendidikan, pengurusan, penerangan dan komunikasi, perlindungan, operasi, objektif, visi dan misi, piagam, sejarah, etika, dasar kualiti dan 'call centre'. ('Truly')


Suami/Bapa - Pengarah Urusan
Isteri/Ibu - Pengurus
Anak - Pegawai 

Saya cuba meningkatkan ilmu keibubapaan saya melalui pembacaan (buku atau blog) dan juga menghadiri seminar, serta mendengar kuliah-kuliah ilmu. Secara formalnya saya perolehi ilmu pentadbiran dan pengurusan di tempat kerja dan di pusat pengajian tinggi. (Senyum sendiri tatkala mengingati seorang rakan di negara jiran yang menyebut universiti sebagai 'Uneverstudy')

Antara blog keibubapaan yang sering saya lawati adalah blog ini:
http://zaidmohamad.blogspot.com/

Tip-tipnya ringkas tetapi praktikal!

Seminar keibubapaan yang pernah saya hadiri banyak memberi perubahan kepada kehidupan saya sekeluarga. Baik dari segi komunikasi malah pengaturan cara menjalani kehidupan. Dengan adanya seminar keibubapaan, ibu bapa boleh bertukar pandangan dan tip- tip tertentu di dalam mengendalikan anak-anak dan mengatur kehidupan berkeluarga mereka. Kadang-kadang sesuatu masalah kecil bagi kita adalah masalah besar bagi orang lain. Kita juga seringkali mengalami kebuntuan di dalam menyelesaikan konflik emosi dan psikologi di antara pasangan dan anak-anak. Dengan cara pertemuan melalui seminar ini, kita bisa merungkai permasalahan yang ada di dalam keluarga kita, dan menyelesaikan permasalahan mengikut kadar keutamaan.

Manusia seringkali terpedaya dengan maksud 'kebahagiaan' yang diangankan. Padahal 'kebahagiaan' itu ada di depan mata kita. Keluarga Kita! Di antara kata-kata yang saya ingat daripada penyampaian bersahaja perunding keibubapaan di salah satu seminar yang saya hadiri adalah;

"Untuk berkahwin dan mempunyai seorang isteri itu mahal harganya. Begitu juga untuk memiliki seorang anak, belanjanya juga mahal"

Bagaimana mungkin kita telah berusaha untuk memperolehi sesuatu benda yang harganya mahal, tetapi apabila sudah mendapatkannya ianya tidak dijaga dengan baik?

Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai sebuah kereta baru yang kita sukai (pilihan saya, Hyundai Santa Fe) , sedikit sahaja ada terdengar bunyi yang tidak kena pada kereta tersebut, sudah pasti cuping telinga dengan pantas dapat mendengarnya. Sedikit sebanyak ia telah mengganggu konsentrasi pemanduan kita.

Begitu juga dengan keluarga kita. Apabila seorang isteri atau suami mula berleter, anak-anak pula mula menjerit, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku kepada keluarga kita. Sedikit sebanyak ia mengundang resah hidup kita. Juga stres!

Lalu bagaimana?

Komunikasi.

-Zuraida Noordin, Jan 2012-
Memberi Untuk Sebuah Kehidupan [Sedekah*Ilmu*Doa]


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Comments

Popular Posts