Mewah dengan Memberi

Di suatu petang, sebuah perbualan telefon telah dimulakan dengan ucapan salam dan bertanya khabar oleh si polan A kepada si polan B (orang berharta punya 4 biji kereta mewah, sebiji motosikal mewah, sebiji basikal mewah serta mendiami sebuah banglo mewah).

A: "Tujuan saya menelefon untuk memberitahu, ada sebuah tempat yang ingin mengutip wang wakaf untuk pembinaan surau di tempat mereka. Jika berkesudian mahu menyumbang diminta hubungi saya kembali"

B: "Oh,  kami suami isteri baru saja memberi kepada sebuah tempat di Pangkor, dan sebuah tempat lagi di Sri Iskandar. Ini di hadapan saya ada lagi wakil di tempat kerja saya yang letak flyers minta sumbangan untuk membina surau. Sekarang kamu pula yang menelefon saya untuk membuat perkara yang sama. Apa memang di awal-awal tahun begini aktivitinya?"

A: Mata merenung pada satu arah. Mulut mahu hampir melopong dan dahi sudah dikerut-kerutkan. Berfikir sejenak. Kemudian mula respon.


"Wallahualam, saya cuma memanjangkan hebahan. Jika mahu memberi, ya saya terima, dan sudi untuk menyampaikan kepada penerimanya. Tiada paksaan di dalam memberi. Terserah kepada yang mahu memberi. Jika tidak memberi pun tak mengapa. Lagi sekali tiada paksaan."

B:" Itulah, ramai pula yang datang. Berturut-turut."

A: "Mungkin puan seorang yang dermawan, oleh sebab itu ramai yang senang dengan puan. Maaf ya puan, jika panggilan saya ini buat puan tidak senang hati. Tiada niat lain, hanya untuk menyampaikan."

B: "Malam ini saya tiada di rumah, datang pada esok malam."

A: "Terima kasih, puan."

Pesan guru: Ikhlas itu letak pada huruf Sod di dalam Hukum tajwid Ikhfa. Sesuatu yang dikurniakan secara sembunyi, harus disembunyikan perlakuannya.


Zuraida Noordin, Feb 2012
'Memberi Untuk Sebuah Kehidupan'

Comments

Popular Posts