Siapa yang Lebih Sayang?



Kelmarin kami sekeluarga keluar makan malam. Sebelum keluar, 'Aqil asyik menonton berita di TV9. Sedang kami menjamu selera tiba-tiba 'Aqil bersuara;

"Umi rasa di antara binatang dan manusia, siapa yang lebih sayangkan anaknya?"

Saya menjawab, "Manusia."

Tanpa mengkritik jawapan saya, beliau terus melontarkan pandangannya pula sambil diperhatikan oleh ayahnya.

"Bagi 'Aqil, binatang lebih sayangkan anaknya. Sebab, jika anaknya mati pun kerana menunggu ibunya keluar lama sangat untuk mencari makanan, mati kelaparan. Tetapi manusia, beranak sahaja, terus buang dalam longkang la, dalam tong sampah la...."

Saya dan suami saling berpandangan.



-Zuraida Noordin-

Comments

Popular Posts