Terima Kasih Bos!

 Gambar kredit to http://www.scopeinternational.com.my/responsive.aspx

Majikan lama saya dahulu mengamalkan 'ofis terbuka'. Saya boleh berjumpa dengan ketua jabatan pada bila-bila masa. Saya hanya perlu menghantar satu emel temujanji kepada beliau untuk berjumpa dengan beliau.

Yang paling mengharukan saya di hari-hari terakhir saya berada di tempat kerja lama, saya berpeluang bertemu dengan ketua jabatan di pejabat beliau. Ketika itu, saya sedikit sebak untuk meninggalkan tempat yang banyak saya timba pengalaman bekerja kurang lebih 10 tahun di situ. Beliau menghulurkan sehelai tisu kepada saya.

Terima kasih kerana telah 'being responsive' dan 'being trustworthy'.

Selepas mendengar amanat terakhir daripada beliau saya kembali ke meja saya dan menghantar satu emel seperti yang disarankan olehnya. Ketika saya menghantar emel tersebut jam telah menunjukkan kurang lebih 6.00 petang. Apa yang mengejutkan saya, pada malam itu juga, lebih kurang jam 10.30malam saya telah dihubungi oleh seseorang.

Apa yang dikatakan oleh beliau 'benar' dan keyakinan itu saya bawa sehingga kini. 

Terima kasih BOS!

-Zuraida Noordin-

Comments

Popular Posts